Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
Syukur alhamdulillah, akhirnya dapat juga blog ini disiapkan setelah dua hari 'mengadap' laptop ini. Pelbagai masalah yang dihadapi, dari sekecil-kecil hinggalah sebesar-besarnya. Namun, berkat doa serta tawakal maka semua halangan itu hanyalah asam garam yang perlu ditempuhi oleh semua manusia yang mencari sesuatu yang baru dalam hidup mereka.
Alhamdulillah, Mekar Prima Trading telah berjaya didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada hari ini 2 Ogos 2011. Sama ada secara kebetulan atau sudah ditakdirkan, mengambil keberkatan sempena bulan Ramadhan, permohonan pendaftaran syarikat ini telah dibuat pada 1 Ogos 2011 iaitu tanggal 1 Ramadhan 1432H melalui sistem online. Terima kasih diucapkan kepada SMARTZUL dan Wanita Niaga Dot Com kerana melalui artikel beliau, proses pendaftaran ini dapat dilakukan sepenuhnya melalui atas talian (online). Ianya sungguh mudah! Dan proses pendaftaran juga amat pantas - hanya beberapa jam selepas 'submit' borang, permohonan sudah diluluskan. Jutaan syabas dan tahniah buat kakitangan SSM yang amat komited dalam menjalankan tugas.
![]() |
Sekian.
Mekar Prima Trading
0 comments:
Post a Comment